Pusat Pemindahan Sementara Masjid Al Huda Kampung Hangus ditutup petang Khamis selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan cuaca cerah.<br /><br />Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata walaupun PPS itu ditutup, namun sekiranya hujan lebat dan mengancam keselamatan penduduk, mereka akan dipindahkan semula ke PPS.
